awak semua daebak ^^

Dari ezny dyana

Assalamualaikum semua....


Blog ini tempat saya menulis karya saya untuk tatapan umum. Semua karya yang dihasilkan tidak ditiru dari mana-mana karya dari penulis lain , jika terdapat persamaan dalam bentuk idea atau jalan cerita , itu adalah kebetulan semata-mata. Memandangkan saya baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan dan masih bertaktih-taktih untuk menghasilkan karya pertama saya yang bertajuk "Suamiku, My Bestfriend". Saya berharap jika ada silap dan salah harap dimaafkan.

Saya sangat-sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberi komen atau pandangan yang membina untuk memperbaiki karya saya supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih ^^

Pergi Langkawi nak beli cawan kaca,
Tengok-tengok terbeli patung ultraman,
Kalau kawan-kawan sudah habis baca,
Rajin-rajinlah bagi komen. ^^

Yang Benar
-ezny dyana-

Saturday, May 12, 2012

Suamiku , My Bestfriend 1





BAB 1
     “Huh, mana pulak si budak Dee ni, “ 
     Faris mengeluh lagi , sudah hampir satu jam dia menunggu , naik lenguh kaki nya akibat berdiri menunggu kawan baiknya sejak dari kecil  itu. Mereka membesar bersama-sama dari tadika belajar ABC dan 123 bersama-sama sehinggalah sekolah menengah belajar memonteng kelas bersama-sama . Dee baginya kawan dan lawan , ke mana pergi mereka pasti akan berdua sehingga ada yang tersalah anggap dengan hubungan mereka kerana menyangka mereka adalah pasangan kekasih. Tetapi apabila dia melanjutkan pelajaran ke London , hubungan mereka semakin renggang dan akhir nya terputus akibat sibuk dengan kehidupan masing-masing. 

     “ Macam mana la rupa Dee sekarang ni yer, rindu pulak kat dia dah lapan tahun rupanya” 
     Faris cuba mengingati kembali rupa Dee atau nama sebenarnya Nor Dania Farisya bt  Ismail. Pantang betul Dee kalau ada yang memanggilnya Dania, geli kata nya. Seingat Faris Dee tidak pernah berpisah dengan topi di kepala yang sentiasa  menutupi rambut nya yang kontot itu dan juga baju saiz XXL yang tidak sepadan dengan badannya yang kurus dan tinggi . Kalau berjalan tak pernah nak lembut kalau bercakap lagi nyalah main lepas je. Kalau yang tidak biasa dengan mulut lepas Dania, pasti akan terasa hati dengan sifat terus terang Dania yang tidak makan saman itu.

     “ Memang tak de style”  
     Faris tergelak apabila teringat kembali kisah lama, dia tidak menghiraukan orang yang lalu lalang yang memandangnya dengan pandangan pelik. Pasti mereka menyangka Faris sudah gila tergelak seorang diri.

     Dee mengelap peluh, puas dia mencari Faris sekeliling Airport. Tetapi batang hidung Faris pon tidak kelihatan. 
      “Ehhh, mana pulak budak lembut ni , lupa pulak nak mintak number telefone Faris pada untie Izyan tadi. Call untie tak angkat la pulak”
     Dee mendengus sambil mata nya melilau setiap sudut Airport mencari Faris. Target nya mencari lelaki yang berbadan besar atau berjalan lembut atau berbaju pink atau berkemeja bunga-bunga . Style Faris zaman dulu-dulu dia masih ingat. Faris tak akan berubah, hehehe.
     Sedang mata Dania melilau mencari Faris. Tiba-tiba mata nya terpandang kepada seorang pemuda yang berkaca mata hitam , berkot putih ,potongan rambut terkini , tinggi dan hehehe my style . Sempat pula Dania cuci mata.

     “ Tapi sayang tak siuman tergelak sorang-sorang. Mesti kena tinggal dengan kekasih ni” Dania membuat andaian sendiri apabila dari tadi Dania perhatikan pemuda itu bergelak seorang diri tidak menghiraukan orang yang lalu lalang yang memandangnya.
     Sedang Dania curi-curi pandang jejaka yang menarik minat nya itu, tiba-tiba jejaka itu menanggalkan cermin mata dan memandang kearah Dania. Pemuda itu seperti mencari sesuatu.
      “ Seperti pernah ku lihat itu orang, tapi dimana yer??”
     Dania melihat jejaka sambil memegang dagunya sambil berfikir adakah dia kenal pada pemuda itu. Apabila puas diamati, tiba-tiba Dania terpaku.
      “Dia?, Orang tu dia ke?”
     Dania menampar muka nya beberapa kali untuk memastikan dia tidak bermimpi.
   “ Mak ai, mana pergi lemak dia? Mana pergi jerawat dia? Mana pergi cermin mata tebal dia? Mana pergi baju bunga-bunga kesukaan dia?”
     Dania masih tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Pelahan-lahan, dia mendekati pemuda itu. Nampak nya pemuda itu masih seronok bergelak seorang diri dan seperti tidak menyedari kedatangan Dania dibelakang nya. Teragak-agak bahu jejaka itu disentuh.

     “Faris?”
     Faris memalih kebelakang apabila merasakan nama nya dipanggil dan bahunya disentuh oleh seseorang. 
     “Yes, can I help you?” 
     “ Faris kan? Tak kenal ke? Dee la ni “ 
     Dania cuba memperkenalkan diri. Takut pula dia salah orang, mana tidak nya pemuda itu memandang nya dengan pandangan pelik seperti baru pertama kali berjumpa.
     “ Dee mana? Dania? “ 
Dania mengangguk
     “ Nor Dania Farisha?” Faris iginkan kepastian.
Dania mengangguk lagi , mengiakan.
“Nor Dania Farisha bt Ismail?”
Dania sudah naik bosan, penat dia mengangguk . Ingat nak main angguk-angguk geleng-geleng ke ape.

“ Nama penuh aku pandai ingat pulak, tapi muka aku yang kiut miut ni susah sangat nak ingat ni apasal”         
    Dania mendengus tetapi hanya didalam hati. Cuak pula dia apabila Faris memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk diertikan. Dania hanya tersenyum segan. Kekok pula rasa nya bila sudah lapan tahun tidak berjumpa.
     Faris memandang Dania dari atas ke bawah , gambaran Dania sekarang tidak sama seperti gambaran Dania yang dia kenal selama ni. Wanita dihadapannya , ayu bertudung kontra dengan topi yang sentiasa dipakai Dania, wanita itu juga cantik mengayakan baju fesyen terkini tetapi menutup aurat berbeza dengan baju XXL kesukaan Dania. Faris tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya, dia mendekati Dania dan meneliti setiap inci wajah Dania. Faris terpandang taik lalat kecil dihujung bibir kanan Dania. Faris tersenyum. Cantik ….

“ Dania!!! , kau rupa nya. Tak perasan aku”
Tiba-tiba Faris berteriak sambil meluru kearah Dania ingin memeluk kawan lamanya itu. Rindu betul dia dengan Dania, sah wanita dihadapannya itu adalah Dania. Dia masih ingat lagi taik lalat dihujung bibir kanan Dania yang menyerlahkan kecomelannya.
     Dania yang terkejut melihat Faris meluru kearahnya , hilang arah tidak tahu hendak buat apa. Matanya dipejam dan kakinya diangkat menuju kesasaran.  Kurang ajar punya lelaki, jangan harap kau nak ambil kesempatan. Jangan main-main dengan pemegang tali pinggang hitam taekwando. Bibirnya digigit geram. Kawan tak kawan , mengatal kau dapat. Lelaki semua sama. Gatal!. 

“Aduh!, Dee kenapa kau tendang aku?, sakit…..” Faris sudah terduduk kesakitan sambil memegang celah kankangnya. Hampir mengalir air matanya menahan sakit.
Dania membuka mata perlahan-lahan dan ternampak Faris yang sudah terduduk kesakitan. Nampaknya tendangannya mengena sasaran. Puas hatinya dapat memberi pengajaran kepada Faris. Tetapi apabila melihat Faris yang masih mengerang kesakitan timbul pula rasa bersalah kepada Faris.  
      “ Yang kau nak peluk aku tu apasal? Terkejutla aku.” Dania cuba membela diri.
     “Pelik apa nya, kalau dulu kau yang selalu peluk aku dulukan kalau kita jumpa .” Faris berkata sambil menahan sakit.
     “Tu dulu, sekarang dah lain. Mana boleh main peluk-peluk dah”
“Apa yang lainnya?” 
“Kau gila nak peluk depan orang, tak adab langsung. Kau duduk negara omputih jangan la kau pon jadi macam diaorang  ke?” bebel Dania. 
Merah muka Dania apabila Faris mengungkit kembali perangai buruknya dahulu. Dania mengakui dia agak rapat dengan Faris pada zaman remajanya, setakat peluk baginya tidak salah kerana dia sudah menganggap Faris seperti adik beradiknnya. Tetapi itu dulu, itu zaman jahilliahnya. Dania sekarang seorang yang sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita.

“Gila? Kau kata aku gila? Siapa yang tak adab sekarang ni? Mulut tak semegah penampilan” dengus Faris. Suka hati kata aku gila , mulut dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Hilang rasa sakitnya .
     Timbul rasa bersalah Dania kepada Faris, dia tidak sepatutnya mengatakan Faris gila. Sudahlah Faris sakit disepak olehnya. Baru sahaja berjumpa mereka sudah bertekak, sepatutnya perjumpaan kali pertama selepas lapan tahun ini menjadi perjumpaan yang mengembirakan dan perlu dirai dan bukannya bermasam muka bergini.
     “ Hurmmm, kau sakit ke? Sory, aku tak sengaja” Dania cuba menjernihkan suasana . Faris dipandang dengan rasa bersalah, hujung tudungnya dipintal-pintal beberapa kali. Risau Faris naik angin padanya, kalau betul nak bergaduh bukan hari ini, hari lain banyak lagi.
     “ Mestilah sakit, tanya lagi. Kau hutang aku satu, lain kali jangan buat lagi tau . Kali ni aku maafkan kau” Faris tidak mahu menyimpan didalam hati. Dia juga tidak mahu bergaduh.
“Dee….” Sedang mereka berjalan kearah kereta, tiba-tiba Faris bersuara
     “Hurmm?, kenapa?”
“Aku ….” Kalau aku cakap jatuhla maruh aku, Faris berkata didalam hati.
     “Kenapa dengan kau?” Dania bertanya lagi.
“ Aku rindu kat kau, kau rindu aku tak?” terkeluar juga akhirnya apa yang terbuku didada Faris. 
     Dania tergelak besar apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Faris. Dania hanya mengangguk tetapi tidak memandang kearah Faris. Malu-malula pula…hehehe. Dania mengeluarkan tiga jarinya, ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah serentak.

     Faris tersenyum , Dania masih ingat symbol mereka. Faris mengeluarkan tangannya dari poket seluar dan membuat symbol mereka. Mereka berdua ketawa serentak, walaupun dari segi luaran mereka sudah berubah tetapi nampaknya perangai mereka masih sama.
  “Sorry aku tak balas email-email kau, aku…” sebelum Faris sempat mengabiskan ayatnya Dania memotong.
     “Lain kalilah kita cakap pasal ni, nanti kita gaduh lagi. Lain kali yer, kita balik dulu semua tunggu kita dekat Teratak Ilham” kata Dania sambil tersenyum. Dia tidak mahu perkara itu diungkit, belum masanya lagi .



p/s : Korang dah baca ? Terima kasih sudi membaca , komen sikit boleh? Setiap komen sangat saya hargai, nanti saya bagi choki-choki ^^ XOXO

1 comment:

  1. novel akak memey best la.. terbitkan terus la novel boley syer beli hehehe xD

    ReplyDelete