awak semua daebak ^^

Dari ezny dyana

Assalamualaikum semua....


Blog ini tempat saya menulis karya saya untuk tatapan umum. Semua karya yang dihasilkan tidak ditiru dari mana-mana karya dari penulis lain , jika terdapat persamaan dalam bentuk idea atau jalan cerita , itu adalah kebetulan semata-mata. Memandangkan saya baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan dan masih bertaktih-taktih untuk menghasilkan karya pertama saya yang bertajuk "Suamiku, My Bestfriend". Saya berharap jika ada silap dan salah harap dimaafkan.

Saya sangat-sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberi komen atau pandangan yang membina untuk memperbaiki karya saya supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih ^^

Pergi Langkawi nak beli cawan kaca,
Tengok-tengok terbeli patung ultraman,
Kalau kawan-kawan sudah habis baca,
Rajin-rajinlah bagi komen. ^^

Yang Benar
-ezny dyana-

Thursday, July 12, 2012

Suamiku, My Bestfriend 6



BAB 6
“Jom makan !!” Faris berkata sambil memandang Dania yang sedang masam mencuka.
“Kau makan jela dulu, aku takda selera” Dania menjawab acuh tidak acuh. Dia masih terasa dengan gurauan Faris semasa di kedai jam tadi.
“Kau marah aku lagi ke?”
“Tak lah” Dania menjawab malas.
“Tengok apa aku beli untuk kau” kata Faris sambil mengeluarkan sebuah kotak dan diletakkan diatas meja. Taktik memujuk digunakan.
“Aku taknak , bagi jela pada orang lain” Dania bersuara, matanya sempat lagi menjeling kearah kotak pemberian Faris tadi. Apa dalam tu yer? Dania tertanya-tanya.
“Kau taknak ke? Aku beli khas untuk kau, mesti kau suka” Faris menyuakan kotak itu dihadapan Dania.
“Tak payah susah-susah belikan aku hadiah, aku tak nak” jawab Dania jual mahal. Eleh, ingat aku ni senang kena pujuk ke setakat bagi hadiah. Jangan harap.
“ Kesian kau jam, Dee tak nak kau lah. Terpaksalah aku bagi kau pada orang lain ” Faris cuba memancing minat Dania, sambil membuka kotak tersebuat. Didalam kotak itu terletak cantik jam yang menarik minat Dania di kedai jam tadi.
Dania terpaku melihat jam itu. Alolo, cantik nya jam tu. Mata Dania berseri-seri tidak lepas melihat jam tersebut.
Faris yang melihat gelagat Dania tersenyum. Cehh, taknak konon. Faris menutup kembali kotak jam itu. Tulah jual mahal lagi….kikiki.
“Hurmmm, aku nak bagi jam ni pada siapa yer?” Faris buat-buat berfikir.
“Aku nak, aku nak, aku nak” tapi perkataan itu hanya mampu Dania ucapkan didalam hati. Malu lah nak mintak, jatuhlah maruh beta. Aku tengah merajuk lagi kot. Dania memandang sayu kearah kotak jam itu.
“Cik , sini jap” tiba-tiba Faris memanggil seorang pelayan perempuan di restoran tersebut.
“Ya, boleh saya bantu?” pelayan itu berkata sambil tersenyum manis.
“Hurmm, dari tadi saya perhatikan awak. Saya rasa , saya suka awaklah” Faris berkata sambil senyum memikat. Taktik biasa yang dia gunakan untuk memikat wanita, dan setakat ini tidak pernah gagal. Kasanova Malaysia.
Hampir tersembur air yang baru diminum oleh Dania apabila melihat adegan pikat memikat dihadapannya itu. Faris ni apasal , buang tebiat ke apa. Makan ubat over dose budak lembut ni.
“Tapi..tapi…” kata pelayan itu serba salah sambil melihat kearah Dania. Disangkanya Dania kekasih Faris. Merah padam muka pelayan itu kerana malu dipikat oleh jejaka kacak seperti Faris.
“Ini saya hadiah untuk awak, sudilah terima pemberian tidak seberapa dari saya ni” Faris masih lagi dalam mood memikatnya . Teragak-agak pelayan itu menyambut pemberian Faris.
Bulat mata Dania melihat kotak jam tadi bertukar tangan dari tangan Faris kini sudah berada ditangan pelayan tersebut. Ehhh, jam aku tu!!! tak boleh jadi ni . Aku perlu buat sesuatu.
“Sayang, you berhenti bergurau boleh tak? I lapar ni” Dania berkata manja , berlakon menjadi kekasih kepada Faris. Dia tidak akan membenarkan jam itu senang-senang jatuh kepada orang lain. No way.
“Huh” Faris memandang kearah Dania . Dia panggil aku sayang? Biar betul.
“Sorry la dek, dia ni memang suka bergurau” Dania berkata sambil tersenyum kearah pelayan itu.
“ Hurmm, kalau macam tu. Ambil balik lah hadiah ni yer” Kata pelayan tersebut sambil berlalu. Mungkin malu dia dijadikan bahan gurauan.
“ Kau biar betul, mahal tau jam ni, main sesuka hati bagi kat sesiapa je” Dania terus membebel kepada Faris apabila pelayan itu berlalu. Dia lupa dia masih merajuk dengan Faris. Sorry cik pelayan buat awak malu, tapi saya nak jam ni, hokhokhok.
“ Dah tadi kau kata kau tak nak” Faris berkata .
“Memang la aku kata tak nak tapi jangan la sesuka hati bagi pada ntah siapa-siapa sahaja.” Tidak habis lagi Dania membebel kepada Faris. Mana tidak nya, hampir dia berputih mata melihat jam itu menjadi milik orang lain.
“ Kau pon tau aku bergurau je tadi” Faris menjawab membela diri sambil ketawa senang. Tidak ambil port dengan bebelan Dania.
“So, kau nak tak jam tu? Kalau tak aku bagi pada orang lain” Faris berkata sekali lagi , sengaja ingin menduga Dania.
Membutang mata Dania mendengar apa yang dikatakan oleh Faris. Nak bagi pada orang lain? Cepat-cepat kotak berisi jam tangan tersebut disambar oleh Dania dan terus diletakkan kedalam beg Chanel nya.
“Tak payah susah-susah bagi pada orang lain, aku terima hadiah ni” sempat lagi Dania menjawab sombong.
“ Aku tahu kau suka hadiah tu” Faris berkata lagi.
Dania tidak menidakkan dan tidak juga mengiakan. Dia hanya tersenyum.
“Anyway, thanks a lot Faris. You are the best” Dania mengucapkan terima kasih.
“So tak marah dah kan kat aku?”
Dania hanya mengeleng dan tersenyum gembira. Sambil mengeluarkan tiga jari simbol mereka, ibu jari, jari penunjuk dan jari tengah serentak.
Faris juga membuat simbol mereka menandakan mereka sudah berdamai. Mereka tergelak serentak. Simbol itu ber maksud “ Kau Kawan Aku”, simbol itu digunakan daripada mereka kecil lagi.
“Dah , jom makan” Dania berkata.
“Hurmm, Dee. Kat Johor Bharu kau kerja kat mana yer?” tiba-tiba Faris bertanya ingin tahu.
“Maju Corporation,” Dania menjawab
“Really?” Faris seperti terkejut
“Yup, why?”
“Nothing, just asking” Faris menjawab sambil tersenyum. Kau kerja kat situ rupanya.
“Mana kau tahu aku suka jam tu?” Dania bertanya kepada Faris.
“Mestilah aku tahu, akukan kawan baik kau” Faris menjawab sambil menyambung menjamu selera. Apabila dia melihat cara Dania memandang jam tersebut di kedai tangan itu tadi, dia tahu Dania sangat sukakan jam tersebut.

p/s : Korang dah baca ? Terima kasih sudi membaca , komen sikit boleh? Setiap komen sangat saya hargai, nanti saya bagi choki-choki ^^ XOXO

8 comments:

  1. I love it hoping for a new n3 soon.......

    ReplyDelete
  2. bellaameera: tq ^^

    Apple Hallen: =) , OTW nak buat ...

    ReplyDelete
  3. Sweet! Nampak mcm faris dah suka kat dee je. So kalau betul lepas ni faris kena tackle dee abis2 sampai dee cair....

    ReplyDelete