BAB 9
Faris dan Dania jalan
beriringan ke dalam sebuah restoran, mereka memilih tempat yang agak terpencil
jauh dari orang ramai. Ada perkara penting Faris mahu dibincangkan dengan
Dania.
“Kau buat aku suspen
je tadi, uncle suruh kahwin je kot. Tak payah la nanges-nanges, kau ingat kau
budak kecik ke apa?” kata Dania sambil menahan gelak. Geli pula hatinya apabila
teringat kembali salah faham sebentar tadi.
“Kau tak faham Dee”
ayat Faris terhenti, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan makanan
mereka.
Apabila pelayan itu
berlalu Faris meneruskan ayatnya yang terbantut tadi.
“Kau tak faham
Dee, aku mangsa sekarang ni. Aku tak sedia lagi lah” adu Faris.
“Ish kau ni, aku kata
lembut nanti kau marah. Jadilah lelaki sikit, katalah pada uncle kau tak nak
kahwin. Haa, kan senang”
“Kau cakap senangla
Dee, kau bukan tak kenal papa macam mana”
“Relax bro benda
boleh settle”
“Yang masalah besar
bagi aku sekarang ni bukan papa suruh aku kahwin” Faris bersuara.
“Lah pulak dah, tadi
sampai nanges-nanges kata uncle suruh kahwin. Ni kau kata bukan masalah pulak.
Kau ni peningla Faris” Dania membebel. Tak faham betul Dania apa yang dikatakan
oleh Faris.
“Kau dengar la dulu,
masalah besar aku sekarang ni dengan siapa papa suruh aku kahwin” pelahan Faris
bersuara.
“Dengan siapa?” Tanya
Dania tertanya-tanya.
“Kau kenal lagi
Sarah?”
“Sarah mana? Sarah
sekolah kita dulu ke? Apasal dengan dia? Dah jadi orang ke?”
Faris mengeluh
tiba-tiba.
“Kau jangan cakap uncle
suruh kau kahwin gan Sarah tu” Dania berkata lagi.
Faris
mengangguk-nggukkan kepalanya dengan lemah.
Tiba-tiba Dania
ketawa besar.
“Habislah kau Faris,
patutlah kau kata matilah kau. Ada jodoh rupanya korang berdua yer”
kata Dania sambil bergelak, sampai ditekan-tekan perutnya. Seronok betul dia
mendengar khabar ‘gembira’ daripada Faris itu.
“Gelak gelak , kau
gelaklah sampai lebam” kata Faris geram. Hampeh punya kawan, aku punya susah
hati, dia boleh seronok-seronok gelakkan aku.
“Dah tu, yang kau
terbang kat sini semata-mata datang sini, nak suruh aku gelakkan? So aku gelak
lah” kata Dania masih dengan sisa tawanya, airmata di matanya dilap mengunakan
tisu atas meja.
“Bukanlah, aku nak
mintak tolong kau ni”
“Kau nak mintak aku
tolong apa?”
“Tolon pujuk papa,
kata aku taknak kahwin lagi”
“Ahh, taknak aku,
karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena marah. Kahwin jela, Sarah tu ok apa”
kata Dania sambil menahan gelak.
“Please Dee, please.
Kau tak sayang aku yer? Kau sanggup tengok kawan kau ni terseksa ke?” Faris
merayu sambil membuat muka sedih.
“Cett, hati aku
kental la der. Aku tak makan pujuk” kata Dania lagi.
“Dee, aku merayu kat
kau. Please sangat-sangat. Tolong pujuk papa yer” kata Faris, kini dia sudah
melutut di kaki Dania. Faris sanggup melutut di kaki Dania seharian sehingga
Dania bersetuju untuk memujuk papanya untuk membatalkan perkahwinan daripada terpaksa
berkahwinan dengan Sarah si budak busuk hati itu. Dasar pembuli, aku benci kau.
Jangan harap aku nak kahwin dengan kau, puihh.
“Ish kau ni, malu kat
orang la. Bangun la” kata Dania sambil melihat sekeliling , malu pula jika ada
yang nampak keadaan mereka begitu. Pasti mereka akan tersalah faham.
“Aku tak akan bangun
selagi kau tak janji nak tolong aku” jawab Faris berkeras. Apa nak jadi,
jadilah.
Serba salah Dania
jadinya, dia mengadiahkan senyum kambing kepada pelanggan disebelah meja
mereka.
“Yelah-yelah, kau
dari dulu kerja nak menyusahkan aku jekan” kata Dania memberi persetujuan.
“Thanks Dee, aku
sayang kau sangat-sangat” kata Faris sambil berdiri sambil dicubit pipi Dania.
Senyuman tidak lengkang di bibirnya apabila mendengar persetujuan Dania itu.
“Malam karang aku
call uncle, aku bincang dengan dia nanti” kata Dania sambil mengusap pipinya
yang dicubit Frais tadi. Sakitlah.
“Kau nak call? Tak
berkesan punya cara itu, percaya lah cakap aku” kata Faris memberi komen.
“Dah tu, kau nak
suruh aku buat apa lagi. Kau suruh pujuk uncle kan? Nanti aku pujuk la” jawab
Dania tidak puas hati.
“Jangan risau, aku
dah uruskan semua dah. Taraaaa” kata Faris sambil mengeluarkan dua keping
kertas dari dalam begnya.
“Apa tu?” Tanya Dania
bengung.
“Tiket flight” jawab
Faris sambil tersenyum.
“Nak pergi mana?”
“Balik KL la” jawab Faris lagi
“Tapi kenapa ada dua”
“Sebab, satu untuk kau. Dan satu lagi
untuk aku” kata Faris sambil disuakan tiket kapal terbang itu kepada Dania.
“Bila pulak aku kata aku nak ikut?”
Dania bersuara tidak puas hati.
“Kau dah janji kau kenalah ikut” jawab
Faris lagi.
“Maknanya dari awal kau tahu aku akan
tolong kau la ni?”
Faris tersenyum sambil memberi symbol
‘peace’. Sambil tersenyum comel yang menyakitkan hati.
“Dah aku nak balik” kata Dania naik
angin. Geram dia mendapat tahu, Faris sudah merancang semuanya dari mula.
Maknanya sedih Faris tadi pasti dibuat-buat. Dania bingkas bangun daripada
kerusi, beg tangannya segera diambil untuk berlalu.
“Dee, janganlah macam ni” segera tangan
Dania ditarik. Dania terduduk kembali diatas kerusi. Muka Faris tidak
dipandang, tidak suka dengan permainan Faris.
“Dee, pandang aku” Faris berkata
lembut.
Dania tidak menghiraukan permintaan
Faris itu
“Dee , dengar apa aku nak cakap ni”
Faris berkata lagi.
Dania memandang kearah Faris, tangannya
disilang melambangkan dia sedang marah kepada Faris.
“Bukan aku nak mainkan kau, memang aku
mengaku aku rancang semua ni. Sebab aku tahu kau akan tolong aku jugak. Kau
tahu kenapa?” kata Faris terhenti.
“Sebab kaulah satu-satunya kawan aku
yang aku tahu akan sentiasa dengan aku time aku senang and aku susah, dan aku
yakin kau akan tolong aku walau macam mana pun” kata Faris pelahan.
Dania merasakan kata-kata Faris menusuk
ke hatinya, pelahan tangan yang disilangnya diturunkan kebawah. Dipandang Faris
dengan pandangan lembut.
“Aku akan tolong kau” kata Dania lagi.
simbol mereka dikeluarkan sambil tersenyum.
Faris membalas senyuman Dania, Faris
juga mengeluarkan simbol mereka. Faris tahu Dania tidak akan mengecewakannya.
“Aku ada hadiah nak bagi pada kau” kata
Faris tiba-tiba.
“Hurmmm, apa dia?” Tanya Dania
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Faris menamatkan nanyiannya , lagu dari Najwa Latif bertajuk Sahabat khas untuk Dania sahabatnya. Dania bertepuk tangan tidak sangka Faris boleh menyanyi sebaik itu.
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Faris menamatkan nanyiannya , lagu dari Najwa Latif bertajuk Sahabat khas untuk Dania sahabatnya. Dania bertepuk tangan tidak sangka Faris boleh menyanyi sebaik itu.
“Sedap gak suara kau yer, terima kasih Faris. Jangan risau Kaulah
sahabatku”
“Dah jom cepat” kata Faris
“Nak pergi mana?” Tanya Dania
“Jumpa papa lah, flight pukul empat” kata Faris lagi
“Ya Allah Faris, kau
selalu macam ni kan” kata Dania sambil menarik nafas. Baru sahaja tadi hatinya
cair mendengar suara merdu Faris. Kini Faris buat perangai balik. Tindakkan
Faris selalu sukar untuk diduga.

best!! hehe..rasenyer ada typing error "ekot" sbnarnyer "ikut" kan.. x tau writer mmg nk tlis camtu ataupun salah type ^__^
ReplyDeletehehehe, memang type 'ekot', tertype bahasa sms plk. tapi akan dibetulkan nanti, tq comment yer aisy ^^
ReplyDeletebest sgt...tak sabar bak tunggu sambungan...
ReplyDeletetq miss ayumi , jgn lupa ikuti next n3 ok ^^
Deleteassalammualikum...
ReplyDeletecerita ni best n jalan penceritaannya juga menarik..
tp izni, kalau panjang lagi mesti lagi best... :)
wsalam...
Deletetq sudi memberi komen membngun...
insyaAllah sy akan cuba memnjangkan lagi ... thnks again ^^
nice story...:)keep it up..
ReplyDeletethnks indhul1912 ^^
Deletetengkiu ezny....
ReplyDeletemost welcome dear...
Deletethnks sudi baca ^^